Blogger Layouts

About Me

My photo
Nilai, N.Sembilan, Malaysia
Jom Mengaji!!! Kelas Mengaji Al-Quran, Iqra, Fardhu Ain & Akademik di Rumah Anda. Inginkan tutor bagi mengajar mengaji Al-Quran, Fardhu Ain, tulisan jawi, PAFA, Tasawwur Islam dan Pendidikan Islam? Sila hubungi saya bagi mendapatkan tutor berdekatan dengan tempat anda. Kelas bagi Dewasa dan kanak-kanak (dari 5 - 70 tahun). Hubungi/sms 0142306742

Thursday, February 27, 2014

KELAS MENGAJI AL-QURAN & TUISYEN AKADEMIK


Saya menyediakan perkhidmatan tuisyen dan Mengaji Al-Quran, Iqra, Kelas Fardhu Ain, Solat dan pelbagai subjek Agama bagi Kelas Dewasa dan Anak-Anak (5-70 Tahun) rumah ke rumah di sekitar Nilai, Bandar Baru Nilai, Enstek, Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota.


Tenaga Pengajar akan datang terus ke rumah anda dan memberikan kemudahan tanpa perlu menghantar anak-anak ke pusat pengajian.
Kelas yang ditawarkan :-
1.Al-Quran dan Iqra’(dewasa,remaja dan kanak-kanak)
2. Kelas Fardhu Ain (Wuduk,Solat dll)
3. Kelas Hafazan (Menghafaz surah2 lazim)
4. Kelas Subjek Agama (Pendidikan Islam,Tasawwur Islam, Tulisan Jawi bagi sekolah rendah dan menengah)
i)Yuran bagi kelas mengaji dewasa dan kanak-kanak bermula dari :
a)RM 160 sebulan (kanak2) (1-3 org) – kelas 4x sebulan, 1 jam tiap sesi
b)RM 180 sebulan (dewasa) (1-3 org) – kelas 4x sebulan, 1 jam tiap sesi
ii) Bagi kelas mengaji + fardhu ain/hafazan dll
yuran bermula dari :-
a) RM 220 sebulan (kanak2) (1-3 org) – kelas 4x sebulan, 1 jam 30 min tiap sesi
b) RM 260 sebulan (dewasa) (1-3 org) – kelas 4x sebulan, 1 jam 30 min tiap sesi
Kelas boleh diadakan 8 atau 12 kali dalam sebulan.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:- Nadzifah : 0142306742

Thursday, October 4, 2012

Learn English the easy way

Assalamualaikum and Hi my dearest friends.

Today, I'd like to share an effective and successful way to learn and enhance your English Language.

All you need for this program is your mobile phone, computer an internet. It only costs RM20/month. It is so affordable and for those of you who want to improve your English all you have to is to call me at 014 2306742. For further information you can go here.

It would be great to have you on board this program!

Wednesday, January 25, 2012

Fitnah Petunjuk Istikharah

Fitnah Petunjuk Istikharah

Wednesday, January 11, 2012

Di Sebalik "Takkan Perigi Cari Timba" dan "Dont Be A Man Seeker" | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Di Sebalik "Takkan Perigi Cari Timba" dan "Dont Be A Man Seeker" | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Thursday, November 24, 2011

Carilah Hatimu! | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Carilah Hatimu! | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Monday, June 20, 2011

Susahnya Nak Jadi Baik...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, suka nak mulakan post kali dengan sepotong ayat yang maksudnya :
”Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu.”         [ Al-Baqarah 2 : 208]
Sebuah kisah mengapa ayat tersebut diturunkan Allah kepada kita adalah pada suatu saat datanglah pemuka Yahudi menghadap Rasulullah SAW. Mereka terdiri dari Abdullah bin Salam, Usaid bin Ka'ab, Sa'id bin Amru dan Qoiz bin Zaid.
Tujuan mereka datang adalah untuk memeluk Islam tapi dengan syarat tertentu.
"Ya Rasulullah, hari Sabtu adalah hari yang kami hormati, maka biarkanlah kami tetap menghormatinya. Dan sesungguhnya kitab taurat adalah kitab Allah juga, maka biarkanlah kami menjalankannya dimalam hari," demikian kata mereka.


Atas permintaan mereka Allah langsung memberikan jawapan dengan menurunkan ayat diatas. Allah SWT menolak permintaan para pemuka Yahudi yang ingin masuk Islam. Islam dengan syarat tetap menghormati hari sabtu dan tetap menjalankan taurat dimalam hari. Jika ingin masuk Islam, masuklah secara keseluruhan; tidak mencampurkannya dengan yang lain. Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan , jangan diterima sebahagian yang lain. 
Al Alusy rahimahullah berkata:
“Makna (dari ayat tersebut) adalah: “Masuklah kamu kedalam Islam dengan seluruh dirimu. Dan jangan kamu biarkan sedikitpun, baik yang (berhubungan dengan) hal-hal lahir kamu maupun batin, melainkan dalam keadaanIslam sehingga tidak ada tempat bagi yang lain (selain Islam). 
Telah maklum, bahawa syariah Islam mencakup seluruh aspek kehidupan. Tak hanya mengatur urusan individu, seperti ibadah, makanan, pakaian, atau akhlak. Namun juga mengatur kehidupan bermasyarakat dan bernegara, seperti sistem ekonomi, pemerintahan, pendidikan, sains, politik luar negeri, dan lain-lain. Semua wajib diamalkan tanpa terkecuali. Nyatalah bahwa jika kita menghendaki masuk Islam secara kâffah, maka keberadaan Daulah Khilafah menjadi niscaya.
Jom muhasabah diri kita :
Pernah tak korang mengalami situasi ni ????
"Susahnya nak jadi baik...!! ade masa rasa macam iman kuat, and ade kekadang juga rasa malas je nak buat baik...malas nak baca Ma'thurat, malas nak solat sunat Rawatib, malas nak baca tafsir Quran....yang rajin, nak berfacebook, nak layan movie.....and kebanyakan masanya adalah malas berbanding nak buat benda2 kebajikan tue...."


Itu apa yang berlaku kat diri nie....selalu je macam tu....dan teringat pula kata2 Kak Wany.."iman kita memang akan turun naik, sebab kita nie manusia biasa je...bukan macam para nabi yang sentiasa naik iman mereka, dan bukan juga seperti para malaikat yang sentiasa maintain je...so, sebab itu bila iman kita turun naik, kita kene make sure yang ianya naik melepasi tahap iman yang sebelum nie..." (harap faham)
 Berbalik bila Allah cakap kita kene masuk Islam secara kesuluruhan(menyuluruh), so tak ade satu perkara even sebesar zarah pun dalam hidup kita sehari-harian yang terlepas dari Islam. makan, minum, tidur, baring, baca buku, tengah jalan, tengah dengar lecture, or ape2 aje mesti lah Islam kene bersama...macam mane tu???....kembali pada hukum Allah...cakap senangkan??? nak buat susahnya ya Allah....x pe Ainul(pujuk diri sendiri)..cuba dengan perkara yang mudah2 dulu dan laksanakan amar makruf nahi mungkar......insyaAllah, akan tertegak Islam secara menyeluruhnya dalam diri nie satu hari nanti bermula dengan perkara remeh temeh nie .Oleh karena itu tidak sepantasnya bagi orang yang beriman kepada Allah (SAYA!!!) untuk meremehkan sebagian syariat dalam agama ini, selama itu datangnya dari Allah dan rasulNya. Hendaknya kita masuk kedalam agama ini secara keseluruhan dengan cara berusaha untuk menerima dan mengamalkan semua ajaran agama islam tanpa terlewatkan sedikitpun.
Wassalam........

Friday, June 17, 2011

Celakalah orang-orang yang solat!!

Alhamdulillah,
Syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin dan rahmatNya,  saya berkesempatan untuk mendengar sahabat ber’usrah’ pada minggu lepas. Topik utama usrah pada minggu lepas ialah mengenai tafsir surah Al-Ma’un. Apa keistimewaan surah Al-Ma’un ni? Jom kita explore sama-sama.

Tafsir Surah Al-Ma’un


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ
فَذَلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ
وَلا يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ
فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ 
الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُونَ
الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُونَ 
وَيَمْنَعُونَ الْمَاعُونَ

Terjemahan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
1. Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama?
2. Maka itulah orang yang mengherdik anak yatim
3. dan tidak mendorong memberi makan orang miskin.
4. Maka celakalah orang yang solat;
5. (iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya.
6. yang berbuat riya’
7. dan enggan (memberikan) bantuan.

Sedikit info mengenai surah ini:-
Surah Al-Ma’un merupakan surah yang ke-107 dan mempunyai 7 ayat. Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa surah ini diturunkan di Mekah manakala sebahagian yang lain mengatakan
surah ini merupakan surah Madaniyyah sebab orang Munafiq tak wujud masa zaman Mekah. Apa kaitan orang munafiq dengan surah ni? Nak tau? Kita start dgn tafsir ayat pertama surah ni dulu.

أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ
“Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama?”
Selalunya kalau kita nak buat karangan, kita akan mulakan dengan pendahuluan, pastu isi-isi penting, akhir sekali mesti ada penutup atau kesimpulan, betul tak? Tapi pada permulaan surah ni, Allah terus bagi soalan pada Nabi Muhammad SAW. Kenapa Allah  tidak mulakan dengan introduction dulu? Okey, cuba bayangkan situasi ni..

Abu : Assalamualaikum, Mat, ko tau tak semalam aku gi tengok movie?
Mat : Wa’alaikumussalam. Tgk movie? Citer apa?
Abu : Citer Harry Potter and The Goblet of Fire. Beeest!!

Bila kita jadi Mat, kita mesti akan tertanya2, “movie apa yang Abu tgk semalam?” Sebenarnya, itulah tujuan Allah bagi soalan tu pada Nabi Muhammad SAW iaitu utk “trigger” kesedaran baginda supaya berfikir tentang golongan yang mendustakan agama. Ini bukan bermaksud bahawa Nabi langsung tak sedar tentang kewujudan golongan ini pada waktu itu, cuma Allah mahu Nabi Muhammad SAW memberikan tumpuan yang lebih kepada golongan tersebut.

Siapakah golongan yang mendustakan agama itu? Dan….  Kenapa Allah gunakan perkataan كذب  dan bukannya كفر untuk menggambarkan golongan ini?

Terlebih dahulu, kita translate dulu maksud كفر. Kufur bermaksud ingkar. Orang yang kufur ialah orang yang tidak mengakui kebenaran tentang sesuatu perkara tanpa mengetahui bahawa perkara itu adalah benar. Contohnya, nikmat yang kita ada sekarang ni semuanya dikurniakan oleh Allah SWT tapi orang yang kufur tidak mahu mengaku bahawa semua nikmat itu datangnya daripada Allah. Kufur ini termasuk dalam kufur nikmat. كذب  pula bermaksud dusta. Orang yang berdusta ialah orang yang mengetahui tentang kebenaran sesuatu perkara dan meyakininya di dalam hati tetapi tidak mahu membenarkannya. Contohnya, Si Fulan tahu bahawa tiada Tuhan selain Allah tetapi dia tidak mahu mengakuinya. Selalunya, sebab utama seseorang itu sanggup untuk berdusta dan menyembunyikan kebenaran ialah ego. 

Cuba kita refresh balik kisah Nabi Adam A.S., malaikat dan juga iblis. Sebelum Nabi Adam diciptakan, iblis merupakan makhluk Allah yang mulia tetapi kenapa dia boleh berubah menjadi makhluk Allah yang paling keji dalam sekelip mata saja? Semuanya kerana ego. Memandangkan dia diciptakan daripada api sedangkan Nabi Adam daripada tanah, jadi iblis rasa diri dia jauh lebih kuat daripada Nabi Adam. Disebabkan sifat ego itulah, iblis ingkar kepada perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam. Bila difikirkan balik, bukankah seseorang yang ego tu sama saja seperti iblis? Semoga kita semua dijauhkan daripada sifat ini. Amin.

Okeh, next one. Saya nak jelaskan maksud  الدين. Ad-din bermaksud agama, tapi ia juga membawa maksud memberi sesuatu dan kemudian mendapat pulangan. Kalau dalam English it goes like this, “you give something and you want a payback”. Dalam konteks ini, Ad-din merujuk kepada Hari Qiamat di mana setelah dikembalikan kepada Allah SWT (mati), manusia akan dibangkitkan kembali. Perkara ini sangat sukar untuk diterima oleh golongan musyrikin Quraisy kerana bagi mereka perkara itu sangat mustahil. Jadi, boleh disimpulkan kat sini, ayat pertama surah Al-Ma’un membawa maksud, ~ Tahukah kamu wahai Muhammad, orang-orang yang mendustakan Hari Kebangkitan?~

Kita masuk tafsir ayat yang kedua pulak.

فَذَلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ
 Maka itulah orang yang mengherdik anak yatim
Dalam ayat yang kedua ni, Allah ceritakan sifat lain bagi orang-orang muysrikin Quraisy iaitu, mereka suka mengherdik dan menghina anak-anak yatim. Siapakah anak yatim yang dimaksudkan kat sini? Anak-anak yatim ialah mereka yang tidak mempunyai ibu atau bapa dan juga sokongan moral. Mereka tiada pelindung. Mereka adalah golongan yang lemah. Disebabkan itulah orang-orang musyrikin Quraisy sanggup untuk menghina mereka, membuli mereka dan melayan mereka dengan teruk tanpa rasa belas kasihan walau sedikit pun. Tetapi sebenarnya orang-orang musyrikin Quraisy itu jauh lebih lemah daripada anak-anak yatim, malah mereka juga boleh digelar pengecut sebab mereka berani untuk menentang orang yang lemah tetapi apabila berhadapan dengan orang yang ada kuasa, mereka takut.

Ayat ke3
وَلا يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ
Dan tidak mendorong memberi makan orang miskin
Dalam ayat ketiga ini, Allah tujukan khas kepada pembesar-pembesar Quraisy terutamanya mereka yang menguruskan perbendaharaan harta. Kenapa begitu yek? Sebab pembesar-pembesar Quraisy ni “corrupt” (makan rasuah). Bagi diorang, golongan miskin ni tak membantu mereka untuk jadi orang kaya. So, there is no points of giving them help. Lebih baik diorang tolong orang-orang yang telah menaikkan nama diorang sehingga dapat menjadi pembesar. At least, diorang boleh dapat benefit kat situ… Memang betul diorang boleh dapat benefit tapi tu semua hanya di dunia sahaja. Adakah ganjaran yang lebih baik lagi daripada ganjaran yang Allah berikan? Dahlah tak mau beri makan pada orang-orang miskin tu sendiri, pastu pembesar-pembesar Quraisy ni tak galakkan orang lain untuk buat bende yang sama. Kenapa diorang buat macam ni ek? Kalau nak buat jahat, buatlah sorang-sorang, nape nak libatkan orang lain plak?

Pembesar-pembesar Quraisy tu kan x beri makan pada orang miskin, jadi, kalau tiba-tiba dia galakkan orang lain supaya buat baik pada orang miskin, orang lain tu akan tanya dia balik, “Ko pun x buat bende yang sama, kenapa aku kene buat plak?” Itulah yang mereka takutkan…. Sebenarnya, wang dan harta yang kita ada sekarang ni bukan milik kita 100% tetapi ada bahagian tertentu untuk orang-orang miskin. Jadi, kalau kita bersedekah kepada golongan ini, itu bermasud kita memberi sesuatu yang menjadi haknya. 
Next ayat
فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ
Maka celakalah orang yang solat
Haahhh??? Apa ni? Kenapa orang yang solat dikatakan celaka? Bukanker kalau kita solat tu maknanya kita buat sesuatu kebaikan, sesuatu yang diperintah oleh Allah? Nape orang buat baik dipanggil celaka pulak? 

Terasa ‘something’ tak bila baca ayat ni? Rilek dulu….. Kita tgk maksud ayat yang seterusnya… 

الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُونَ
(iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya
Orang-orang solat yang celaka ialah mereka yang lalai terhadap solatnya. Allah menggunakan perkataan yang sangat kasar iaitu “celaka” bagi menggambarkan orang-orang ini. Ini menunjukkan bahawa betapa marahnya Allah dan betapa rendahnya martabat orang-orang yang lalai terhadap solat. Lalai terhadap solat kat sini bermaksud melambat-lambatkan solat sehingga di hujung waktu.

Nak kongsi satu hadis Nabi, diriwayatkan oleh Bukhari Dan Muslim;
Rasulullah SAW bersabda: "Ini solat orang munafiq. Ini solat orang Munafiq. Ini solat orang munafiq. Dia duduk dan memerhatikan matahari sehingga berada di antara dua tanduk syaitan, kemudian dia solat 4 rakaat dengan cepat di mana dia sangat sedikit mengingati Allah.”
Solat yang dimaksudkan kat sini ialah solat Asar. Dalam hadis ni, kita dapat buat kesimpulan bahawa salah satu ciri-ciri orang yang munafiq ialah suka melambat-lambatkan solat sehingga di hujung waktu.
Apa lagi ciri-ciri solat orang yang celaka? Ayat seterusnya….

الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُونَ
Yang berbuat riya’
Orang-orang yang solat semata-mata mahu dilihat orang atau dalam perkataan lain mahu menunjuk-nunjuk (riya’) dalam solat. Riya’ merupakan salah satu daripada syirik Khafi (syirik yang tersembunyi). Jadi, kita tak boleh main-main dengan sifat ni. Bila ada orang ramai kat masjid, baru nak pergi sembahyang tapi bila takde orang gi masjid, tak kesah pun pasal sembahyang. Bila ada Tok Imam, barulah nak pegi masjid, bila Tok Imam xde, melepak kat tempat lain. Inilah dia antara perkara-perkara yang dilakukan oleh orang yang riya’ dalam solat. Kalau pernah terdetik dalam hati kita “Eh, ustazah tengah tengok aku sembahyang, aku kene buat betul-betul ni” atau pun “kalau nak jadi isteri kepada orang-orang yang soleh, kene rajin gi masjid, harap-harap adalah orang yang perasan kita ni rajin sembahyang kat masjid”, cepat-cepatlah istighfar…. Mohon ampun daripada Allah SWT supaya solat yang kita dirikan tu tak sia-sia.

Ayat yang terakhir...
وَيَمْنَعُونَ الْمَاعُونَ
Dan enggan (memberikan) bantuan
Nak bagi contoh lagi:

Abu : Mat,  pinjam pen ko kejap…. 
Mat : Nah, amik ni 
Abu : Terima kasih
Mat : Jangan guna lama sangat, mahal dakwat pen tu…

Abu cuma nak pinjam pen jek, tapi Mat sangat berkira dengan Abu. Itu belum lagi Abu kata nak pinjam kereta ke, motor ke… Agak-agaknya, Mat sanggup beri tak? Inilah contoh orang yang enggan memberikan bantuan walaupun kecil dan sedikit. الماعون itu bermaksud sesuatu pemberian yang kecil atau pun sesuatu yang dikongsi bersama dengan orang lain. Orang-orang Musyrikin Quraisy sangat keras hatinya sehinggakan pemberian yang sangat kecil pun mereka tidak mahu berikan kepada orang lain. Tiada langsung secebis sifat pemurah dalam diri mereka. Sedar tak sedar, masyarakat kita sekarang ni pun ada melakukan perkara yang sama dengan orang-orang musyrikin Quraisy. Sebagai contoh, dialog kat atas tu. Rasa-rasanya, kita semua pernah lalui perkara yang sama, betul tak?

Kesimpulannya kat sini, kelembutan dan kebaikan hati seseorang itu dapat dilihat melalui cara dia solat dan berapa banyak yang dia sanggup beri kepada mereka yang memerlukan. Mudah-mudahan setiap kali solat, kita akan sentiasa ingat amaran yang Allah berikan dalam surah ini. Kita buang jauh-jauh sifat riya’ dan berusahalah untuk solat di awal waktu. Semoga amalan kita tidak sia-sia bahkan diterima Allah SWT.